TIMING

09Feb11

Timing? ramai yg bertanya bilakah masa yg sesuai utk melabur?

saya jawab esok, selepas mendengar penerangan,penjelasan mengenai ;

1.risiko

2.kelebihan

3.kebaikan

setelah faham apa itu unit amanah ,jangan berlengah lagi utk membuat keputusan utk melabur!

pelaburan buleh dimulai dgn HANYA  RM1000  membuka akaun, dan tambahan pelaburan serendah rm100!

ehhh, sekarang market tgh turun laaa, takut lah nak mula …kan nanti lagi jatuh !!!

sebenarnya keputusan utk melabur di unit amanah memerlukan perancangan masa panjang !

jika ada duit rm10,000.00

melabur ke dana agresif  sebanyak rm5,000.00

dana seimbang rm3,000.00

dana konservatif rm2,000.00

rasionalnya;

1. dana agresif (Equity) -banyak untung, rugi pon cepat jika ekonomi jatuh

2. Dana seimbang (balance) -untung dan rugi masih tidak dirasai jika setahun 2

3.Dana konservatif – hanya sementara menunggu keadaan pasaran,jika terdesak nak pakai kembali duit buleh repurchase!

Unit amanah menawarkan pulangan yg stabil dan berbaloi jika matlamat pelaburan tadi untuk jangkamasa 3-5 tahun!

jika matlamat 10 tahun @ pengajian anak-anak ke universiti saya cadangkan mula melabur tanpa mengira keadaan.

buka akaun rm1000 dan tambahan rm100 sebulan …

selepas 5 tahun baru buat penstrukturan semula..

jika diikut ilmu saya yg tidak seberapa ini, sekarang awal 2010 sepatutnya tahun yg amat sesuai buat saudara-saudara ku diluar sana utk mula melabur!

harga-harga dana masih berpotensi utk melonjak pada 2011,2012 dan 2013!!!!

jika umur masih muda belia 18-35 tahun :

1.Public China Ittikal Fund PCIF

2.Public Ittikal (ada insurans cover utk pelaburan rm5,000 ke atas)

3. Pubic Asia Ittikal Fund PAIF

4. Public Islamic Opportunities Fund PIOF

5. Public Islamic Equity Fund PIEF

Seimbang

1.Public Islamic Balance Fund PIBF

saya selalu juga menyaran kpd pelabur sedia ada supaya membuat DCA-dolar cost averanging

prinsip DCA ini bermaksud pelaburan tetap setiap bulan tanpa mengira harga

contohnya

Ali melabur secara tetap sebanyak rm 100 setiap bulan selama 12bln

rm100 service caj. rm5.50 Real money invested RM 94.50

Jan     harga RM0.2000 472.5 unit

feb      harga RM0.2200  429.5 unit

mac    harga RM 0.2400  399.7 unit

april   harga RM 0.2600  363.4 unit

mei     harga RM0.2800    333.7 unit

jun      harga RM 0.300      315.0 unit

julai   Harga RM 0.3200   295.3 unit

ogos Harga  RM 0.3400    277.9 unit

september   RM 0.3600    262.5 unit

oktober        RM 0.3800    248.6 unit

november   RM 0.4000    236.2 unit

disember     RM .4200       225.0 unit

jumlah duit RM 1,200.00 jumlah unit 3859.3 unit !!!!

jika pelabur ‘timing’

beli pada ogos rm1200 harga RM0.3400  UNIT 3335.2

nampak kan duit sama unit sikit !!!

begitu lah seterusnya …

jadi bagi saya ‘TIMING’ tidak berapa berguna ketika keadaan ekonomi stabil!

tetapi jika keadaan ekonomi jatuh tahun 2008-2009 (HARGA rendah)BERAPA RAMAI PULA

yg membeli unit amanah…semuanya takut !!!!hahahahhah

jadi kesimpulannya …tetap kan matlamat pelaburan anda ….

3tahun, 5 tahun, 10 tahun ….

sesungguhnya tiada jalan pintas utk mengandakan duit !!!

P Shariah Master (ENG) 2010




No Responses Yet to “TIMING”

  1. Leave a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.